RESEPI: DALCA SAYUR
Kacang dhal (rendam& rebus 1/2 masak)
BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging (hiris nipis & rebus sehingga lembut)
250gm kacang dhal ( rendam & rebus 1/2 masak)
200gm kacang panjang
2 batang carrot
2 biji terung bulat
6 sudu besar rempah kari daging ( dicampur dengan air sedikit,jadikan pes)
1/2 kotak santan
2 biji bawang besar( kisar halus)
5 ulas bawang putih( kisar halus)
1 inci halia( kisar halus)
1 batang kayu manis( rempah tumis)
2 biji bunga lawang(rempah tumis)
4 biji buah pelaga(rempah tumis)
4 biji bunga cengkih(rempah tumis)
secukupnya air asam
secukupnya garam
secukupnya minyak
CARA-CARA
1.Di dalam periuk,panaskan minyak secukupnya. masukkan bahan kisar dan rempah tumis. tumis sehingga wangi kemudian masukkan pes rempah kari. kacau sehingga garing.
2. Masukkan santan dan daging, sekiranya santan terlalu pekat campurkan dengan air. biar mendidih. setelah mendidih masukkan carrot,kacang panjang dan terung bulat.
3. Setelah sayur lembut,masukkan kacang dhal.
4. Masukkan air asam jawa,perasakan dengan gara.
ACAR TIMUN & NENAS
ACAR TIMUN & NENAS
BAHAN-BAHAN
2 biji nenas ( kupas kulit& hiris nipis)
3 batang timun ( kupas kulit& hiris nipis)
2 biji bawang besar ( kupas kulit & hiris nipis)
3 biji cili merah( hiris bulat)
3 biji cili hijau ( hiris bulat)
secukupnya cuka
secukupnya garam
secukupnya gula
CARA-CARA
1.Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk besar
2. Gaul rata
3. Perasakan dengan cuka,garam dan gula
AYAM MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN
4 ekor ayam ( bersihkan dan toskan)
2 tin susu cair
3 paket rempah beriani
15 biji bawang merah ( kisar halus)
8 ulas bawang putih ( kisar halus)
2 inci halia (kisar halus)
8 biji cili hijau
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun sup
1 ikat daun bawang
1 tin minyak sapi
3 biji limau purut
1 tin tomato puri
2 biji tomato (potong wedges)
1 paket bawang goreng
1 paket badam
1 paket gajus
1 paket kismis hitam
secukupnya garam
secukupnya madu
CARA-CARA
1.gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.goreng separuh masak,angkat dan toskan minyak
2.di dalam kuali panaskan minyak sapi,masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga wangi.setelah itu masukkan rempah beriani,biar rempah sehingga garing
3.kemudian masukkan susu cair,tomato puri,air limau purut,madu dan buah tomato.tambahkan air secukupnya,biar sehingga mendidih.
4.masukkan daun pudina,daun ketumber,daun sup,daun bawang,bawang goreng,badam,gajus dan kismis hitam.
5 masukkan ayam dan gaul rata.perasakan dengan garam.biarkan sehingga ayam lembut dan kuah menjadi pekat.
SUP KIMCHAM
KIMCHAM
KENTANG
BAHAN-BAHAN
- 1 tin kecil kimchi boleh juga guna sayur asin biasa
- 2 sb gochujang kalu xjumpa ni boleh guna chilli bean sauce
- 2 ulas bwg putih dicincang
- setengah biji bawang bombay (ptg dadu)
- 6-8 biji bebola daging/daging biasa pun boleh
- 2 keping tofu jepun
- 1 1/2 kiub pati ikan bilis
- sedikit daun bawang n minyak utk menumis
- Air putih 300mls
Cara-cara
- Tumiskan bwg putih hingga naik bau.
- Masukkan kimchi dan jusnya sekali. Biarkan seketika.
- Masukkan air putih,kiub ikan bilis,bwg bombay dan bebola daging. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah mendidih masukkan pes gochujang. Gaulkan hingga sebati. Biarkan seketika.
- Biar dalam sekitar 10min n letak sedikit daun bawang yg telah dipotong. siap untuk dihidangkan bersama nasi putih...(xperlu letak garam cos kimchi n kiub dah masin)
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN (NASI)
3 kg beras basmathi
2 biji bawang merah ( kisar halus)
5 ulas bawang putih ( kisar halus)
1 inci halia
6 helai daun pandan ( basuh & ikat)
1/2 tin susu cair
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
6 biji bunga pelaga
6 biji bunga cengkih
secukupnya air
secukupnya minyak sapi
secukupnya garam
secukupnya kiskis hitam & kuning ( goreng)
secukupnya bawang goreng ( untuk tabur pada nasi)
CARA-CARA
1.Basuh beras dan rendam selama 30 minit.
2.kisar halus bawang besar,bawang putih dan halia
3.di dalam periuk,panaskan minyak sapi secukupnya. masukkan bahan kisar dan rempah tumis,tumis sehingga wangi.kemudian masukkan air dan susu cair secukupnya.perasakan dengan garam,masukkan daun pandan.
4.biar sehingga mendidih.
5.toskan beras dan masukkan beras ke dalam periuk, kacau rata dan tutup periuk,biar sehingga nasi kering. kecillan api.
6. setelah nasi kering,masukkan kismis hitam yang telah digoreng.kacau sedikit.
7. akhir sekali tabur bawang goreng sebelum nasi dihidang.
BUAH-BUAHAN POTONG
BAHAN-BAHAN
10 biji jambu batu
1 biji tembikai
2 biji honeydew
serbuk asam boi
plastik bungkus
lidi
CARA-CARA
1.kupas kulit buah jambu dan rendam sekejap.kemudian potong kiub sederhana.masukkan ke dalam plastik bungkus
2.kupas kulit buah tembikai,potong kiub sederhana dan masukkan ke dalam plastik bungkus
3.kupas kulit honeydew,potong kiub sederhana dan masukkan ke dalam plastik bungkus.
4.susun di dalam dulang/tray.
No comments:
Post a Comment