Bunga mempunyai banyak fungsi: ia boleh membuat seseorang lebih gembira,ceria dan mencantikkan suasana persekitaran.Ia memberikan tarikan estetik kepada sesuatu ruang. Gubahan bunga banyak digunakan di hotel,pejabat,hospital,rumah dan sebagainya.
Gubahan bunga (flower arrangement) didefinisikan sebagai seni dalam menyusunatur dan mengumpulkan sejumlah bunga dan tumbuh-tumbuhan menjadi harmoni dan menarik dari segi bentuk,warna dan tekstur. Ia sepatutnya dapat menghidupkan suasana.
Di hotel,bunga digunakan secara meluas. Gubahan bunga adalah berbeza mengikut tempat. Gubahan bunga yang besar diletakkan di lobi dan restoran manakala gubahan bunga yang kecil diletakkan di bilik dan suite. Jenis gubahan dan jenis bunga yang digunakan adalah bergantung kepada ststus hotel dan jenis bilik. Jabatan pengemasan bertanggungjawab dalam mengurus dan menjaga gubahan bunga.
JENIS-JENIS GUBAHAN BUNGA
BENTUK BULAT: Gubahan bunga berbentuk bulat sangat mudah kerana majoriti bunga berbentuk bulat. Jenis gubahan ini sangat sesuai untuk diletakkan di meja persidangan/ mesyuarat atau di meja buffet.
BENTUK SEGITIGA: Gubahan berbentuk segitiga sangat biasa digunakan untuk acara yang bersifat profesional dan personal (personal and professional functions). Pertama,tentukan tinggi dan lebar bunga,kemudian tentukan titik tengahnya. Ia kelihatan sangat menarik dan sesuai untuk meja buffet atau meja tepi.
BENTUK BULAN SABIT: Bentuk bulan sabit adalah bentuk yang tidak bersimetri dan rasmi. Ia memerlukan kemahiran dan pengalaman menggubah yang tinggi. Bentuk gubahan ini sangat menarik perhatian dan biasanya diletakkan di meja lobi atau di kaunter hadapan atau tempat-tempat yang menjadi tumpuan tetamu.
BENTUK KIPAS: Ia merupakan gubahan bunga yang rendah dan tidak mengganggu perbualan di antara tetamu yang duduk bertentangan di meja. Biasanya ia diletakkan di restoran sama ada di meja buffet atau meja makan. Ia juga sesuai diletakkan di bilik tetamu.
BENTUK IKEBENA: Bermaksud "menghidupkan bunga" dalam bahasa Jepun. Orang Jepun menggunakan bunga sebagai simbol tertentu. Ia menunjukkan hubungan yang harmoni di antara hidupan ( bumi) dan kehidupan selepas mati. Dalam setiap gubahan bahagian segitiga yang paling tinggi bermaksud syurga, dan bahagian tengah melambangkan manusia dan bahagian paling bawah adalah simbol bumi. Amalan ini telah diamalkan lebih 100 tahun yang lepas. Gubahan bunga yang rasmi dipanggil sebagai gaya "Seika" Jenis terapung disebut sebagai " Ukibana" dan jenis bakul disebut " Morimano"
MENGEKALKAN KESEGARAN BUNGA
Berikut merupakan cara mengekalkan kesegaran bunga:
1. Sentiasa pastikan pasu bunga diisik dengan air yang bersih.
2. Tukar air setiap hari. Bunga air yang lama sepenuhnya dan isikan air yang baru dengan segara.
3. Jauhkan gubahan bunga dari sumber haba seperti cahaya matahari dari tepi tingkap dll.
4. Letakkan bunga di kawasan yang sejuk setiap malam sama ada di dalam peti sejuk,atau di kawasan yang teduh. Namun elakkan daripada terkena udara secara langsung dari penyaman udara kerana bunga akan cepat kering.
5. Buang daun dan kelopak bunga yang layu setiap hari. Jika terdapat beberapa pasu dan sebahagian bunga telah layu,kumpulkan bunga yang masih segar dan buang yang telah layu,gantikan/penuhkan pasu dengan bunga yang masih segar.
6. Untuk gubahan bunga dalam pasu,potong 1/2 inci pada tangkai setiap hari dan tukar air dengan air bersih.
7. Beli bunga yang betul-betul segar. Periksa daun,tangkai dan kelopak bunga dengan cermat.
8. Pilih bunga yang tahan lama seperti bunga teluki (carnation),mini-carnation,daisi dll.
GAMBAR AKTIVITI PELAJAR KHAS BUAT GUBAHAN BUNGA.
No comments:
Post a Comment